Sunday, 28 July 2013

introduction "SENYUM ITU SATU SEDEKAH"

Senyum itu satu sedekah. Senyumlah bagi permulaan suatu hubungan
Senyumlah, kerana dengan senyuman hati kita akan berasa tenang dan kita juga sentiasa disenangi oleh orang sekeliling. Senyumlah selagi anda boleh tersenyum walaupun ia sangat menyakitkan. Dan senyuman yang terbaik adalah senyuman yang lahir dari hati ikhlas.

JADIKAN HARI-HARI ANDA INDAH  DENGAN SENYUMAN..:)
#sek2 ganu cakap "senyum sokmo"

KELEBIHAN SENYUMAN
  • kita dapat menambah kenalan melalui senyuman.
  • ia juga dapat membantu menghilangkan stress seseorang dan meredakan kemarahan seseorang.
  • senyuman juga dapat membantu memprbaiki sesuatu perhubungan.
  • senyuman juga membantu memulihkan semangat dan kesihatan seseorang.

 

Rasulullah SAW bersabda, “Senyum kalian bagi saudaranya adalah sedekah, beramar makruf dan nahi mungkar yang kalian lakukan untuk saudaranya juga sedekah, dan kalian menunjukkan jalan bagi seseorang yang tersesat juga sedekah.” (HR Tirmizi dan Abu Dzar).