Wednesday 25 September 2013

Senyuman Terapi Diri





Hari nie, aku nak kongsi sikit mengenai “SENYUMAN terapi diri”….
Pelikkan, blog aku nie, selalu je cerita mengenai SENYUMAN, tak ada benda lain ka??ehh, entahla..
Sebab dh rsa SENYUMAN nie, memang dah sebati dengan kehidupan ‘ceq’ dah…


©       Senyuman boleh meredakan kemarahan dan penyakit rohani yang kronik.
©       Senyuman akan merangsang kedua2 belah otak dan meningkatkan data tumpuan.
©       Senyuman mampu mengaktifkan minda dan tubuh badan agar lebih rileks dan selesa.
©       Senyuman boleh mengelakkan daripada penyakit strees, tekanan darah tinggi dan sakit jantung.

©       Mulakan awal pagi dengan Senyuman agar dapat meningkatkan motivasi sepanjang hari.


Abdullah bin al-Harith menyebut:
“Belum pernah aku melihat seseorang yang banyak tersenyum selain Rasulullah s.a.w.”
(Riwayat al-Tirmizi)


#cukup dulu, untuk hari nie nnti kita smbung lg mengenai “2S”






Wednesday 18 September 2013

Suka-suki bersama2 Teman… (Kedah 4 vs Terengganu 1)

Okey, kita tengok ada kaitan tak tajuk di atas dengan benda yang nak diceritakan hari ini .


Hari nie, nak sharing satu lagi story iaitu BAGAIMANA NAK KAWAL KEMARAHAN MELALUI SENYUMAN. Macam lucu ja benda yang nak aku diceritakan nie. Okey2, jom mulakan cerita…
Hujung minggu lepas, kita orang pergi Bandar Melaka.. punyalah excited nak pergi jalan3, macam lama sangat tak pergi jalan2. Kita orang pergi Bandar Melaka pun bersebab, sebabnya nak cari cenderahati untuk FAMILY DAYS SMP2 nanti. Akhirnya, kita orang sampai Bandar Melaka dan cari barang2 yang dikehendaki. Sementara tunggu barang yang nak siap tu, aku + alin buat keputusan nak pergi barang yang lain sementara menunggu siap barang dikehendaki siap. Sebelum kita orang nak cari barang yang lain, kita orang pergi dekat kereta dlu. Ada satu hamba Allah nie, tiba2 ja dtang dekat kami mintak barang yang boleh repair tayar kereta. Okey3,aku blur sekejap. Aku kata la “tak ada la pakcik, sebab nie keta sewa” “eh,mana boleh tak ada”  siap Tanya lagi berepa sewa kereta. Dengan slumber dia je ambik barang untuk repair tayar kereta tuh.. Memang nak Hangin aku time nie. (sabar)…. Kalau ikutkan hati waktu tu,memang kena marah pakcik tu dengan aku… ~okey pqah, kawal kemarahan anda~                         


macam mana nak kawal???Jeng3, aku senyum ja sepanjang pakcik3 tu repair kereta akak yang rosak tuh.. kawan aku, ‘qah, ko senyum mcam nampak sesuatu ja ka’ ‘hihihihi, aku tengah kawal marah aku nie’….. 
5 minit, lepas tu… aku cakap dekat alin semoga apa yang kita buat nie, Allah swt berkatilah.


The Moral Of the Story sentiasa kawal perasaan anda walaupun keadaan itu sesulit mana pun. Walaupun sesakit mana pun yang kita tempuhi senyumlah. Dan saat sudah hilang kemanisan untuk senyum, ada lagi cara untuk kita kawal kemarahan kita….                                                                          
 Hulurlah, bantuan sekirannya mereka dlam kesusahan..Positifkan diri ~mungkin hari ni hari diaorng, mna thu esok hari kta pulak.. (^_*)





Friday 13 September 2013

Senyuman Mempunyai pengaruh yang baik dalam Membentuk hubungan

Sebuah perhubungan yang baru, memerlukan waktu yang lama untuk dibentuk Sebelum terbentuknya hubungan itu, ada pelbagai cara yang boleh kita iaitu dengan bertegur sapa atau melalui senyuman. Senyuman merupakan mukadimah yang paling best sekali sebelum kita bertegur sapa. Melalui senyuman ini boleh member ekpresi yang terbaik kepada orang sekililing.


Okey, saya nak kongsi pengalaman saya dengan kawan baru2;


Setelah tamat belajar di tingkatan 5, sya dapat tawaran belajar di tingkatan 6. Agak berat hati jugak, sebab semua kawan saya tidak ada yang berminat belajar ditingkatan 6. Okey, kalau ikutkan kawan memang tak belajar la kan. Sebelum hari pertama untuk menjejaki sekolah baru dengan persekitaran baru lagi, serius nervous GILER…. Akhirnya, hari pertama aku mendaftar sebagai pelajar tingkatan 6 bawah. Cuak sangat dahn nie…. Okey, rilex2… Minggu orentasi tuhh agak janggal laaa, dengan kawan2 baru… Selepas habis seminggu orentasi, kita orang dibahagikan kelas. Okey3… kelas sudah pun bermula dan kita orang dibahagikan tugas untuk melakukan perbentangan…..hihihihihi… pencarian kawan sedang bermula…(^_*)


Okey2, yang boleh waktu tuhh,aku SENYUM je laa sebabnya semuanya bdak2 kelas aku tidak aku kenali….(loghat kedah). Lepas tuhh, ada seorang hamba Allah nie, dia SENYUM pastuh tegur aku ‘ ada kumpulan lagi, kalau tak da kumpulan sekali gan kami la’ dah tu Aku poun SENYUM la balik ‘urmm, bley ja kami pon xda kumpulan lagi nie…..


Nak dijadikan cerita aku sama kumpulan dengannya… Begitulah ukhuwah aku dengan budak3 kelas dan rakan seangkatan dengannya waktu tingkatan 6.Walaupun kita orang  hanya bersama setahun setengah  tapi banyak pengalaman pahit manis bersama rakan2 tidak akan saya lupa. Dan untuk juga yang mengajar kita orang, CIKGU memang yang terbaik laaa… “ JASAMU TETAP KUKENANG”. Akhirnya, Semoga Persahabatan yang kita orang bina Insyaallah until Jannah.. SAYANG KORANG SANGAT2..





Poyokan budak2 sekolah,nie... Awak3 yg bca blog sya nie try gmbr Afiqah,hahahah....


Mudahkan hubungan yang ingin kita bentuk walaupun, kita baru sahaja kenal. Oleh itu, jangan ada perasaan negative sebelum berjumpa dengan orang yang baru kenal. Yang penting POSITIF kan diri anda dengan kekuatan anda melalui SENYUMAN. Insyaallah, semua akan berjalan dengan baik.Akhir kata, sayang ABAH,EMAK,FARAH,NURUL, AHLI KELUARGA,SAHABAT2, GURU,PENSYARAH DAN ORANG SEKELILING SAYA…… (^_*)



Thursday 12 September 2013

Menjalinkan hubungan baik dEngan manusia melalui Prinsip `Senyum`

Kita tidak ingin tersenyum?
Mengapa?
Oleh itu, Paksa diri kita senyum..Apabila kita keseorangan,paksa diri kita mendendangkan lagu. Buat seolah-olah kita bahagia. (Ahli falsafah William James)
selain itu,apabila kita ingin membentuk hubungan kita haruslah tersenyum manis dan menyapa setipa orang yang kita temui...

#Jalan yang ingin menuju kebahagian apabila kegembiraan  pada ketika itu tiada adalah duduk dalam riang, lalu bercakap dan bertindak seolah-olah kita memang bahagia..

Saturday 10 August 2013

Awak2,saya suka SENYUMLAH.... (^_*)

Hikmah Senyumm..

#Kenapa awak suka senyum???

Senyum itu Sedekah,
Senym adalah sifat dan nilai keperibadian seorang insan yang mulia,
Senyum adalah penawar yang mujarab,
Senyum membisikkan doa selamat,
Senyum membuahkan perasaan kasih sayang,
Senyum adalah kunci kedamaian..
~Subahanaallah, Indahnya Senyum~

Sunday 4 August 2013

Senyumlah...

Raihan : Senyum

Manis wajahmu kulihat di sana
Apa rahsia yang tersirat
Tapi zahirnya dapat kulihat
Mesra wajahmu dengan senyuman

Senyuman... senyuman
Senyum tanda mesra
Senyum tanda sayang
Senyumlah sedekah yang paling mudah
Senyum di waktu susah
Tanda ketabahan
Senyuman itu tanda keimanan
Senyumlah senyumlah senyumlah senyumlah

Hati yang gundah terasa senang
Bila melihat senyum hatikan tenang
Tapi senyumlah seikhlas hati
Senyuman dari hati jatuh ke hati

Senyumlah senyumlah
Senyumlah seperti Rasulullah
Senyumnya bersinar dengan cahaya
Senyumlah kita hanya kerana Allah
Itulah senyuman bersedekah

Senyumlah senyumlah senyumlah senyumlah
Itulah sedekah yang paling mudah
Tiada terasa terhutang budi
Ikat persahabatan antara kita
Tapi senyum jangan disalah guna
Senyumlah senyumlah senyumlah senyumlah

#Subahanallah,indahnya senyuman..
Bak kta Raihan senyumlah seperti Rasulullah...

Sunday 28 July 2013

introduction "SENYUM ITU SATU SEDEKAH"

Senyum itu satu sedekah. Senyumlah bagi permulaan suatu hubungan
Senyumlah, kerana dengan senyuman hati kita akan berasa tenang dan kita juga sentiasa disenangi oleh orang sekeliling. Senyumlah selagi anda boleh tersenyum walaupun ia sangat menyakitkan. Dan senyuman yang terbaik adalah senyuman yang lahir dari hati ikhlas.

JADIKAN HARI-HARI ANDA INDAH  DENGAN SENYUMAN..:)
#sek2 ganu cakap "senyum sokmo"

KELEBIHAN SENYUMAN
  • kita dapat menambah kenalan melalui senyuman.
  • ia juga dapat membantu menghilangkan stress seseorang dan meredakan kemarahan seseorang.
  • senyuman juga dapat membantu memprbaiki sesuatu perhubungan.
  • senyuman juga membantu memulihkan semangat dan kesihatan seseorang.

 

Rasulullah SAW bersabda, “Senyum kalian bagi saudaranya adalah sedekah, beramar makruf dan nahi mungkar yang kalian lakukan untuk saudaranya juga sedekah, dan kalian menunjukkan jalan bagi seseorang yang tersesat juga sedekah.” (HR Tirmizi dan Abu Dzar).